Turun Anwar isyarat rakyat tolak pemimpin penipu

KUALA LUMPUR, 1 SAFAR – Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim menyatakan keyakinan bahawa Malaysia masih memiliki ramai tokoh berwibawa yang ikhlas untuk memimpin negara.

Beliau menegaskan, rakyat tidak perlu terus tunduk kepada pemimpin yang hanya menabur janji manis tetapi penuh dengan penipuan dan pembohongan kepada rakyat.

“Saya yakin Malaysia belum ketandusan pemimpin yang berwibawa.

“Pemimpin yang ikhlas memimpin Malaysia, bukan dengan omong kosong janji manis dan gula-gula penuh penipuan, kata-kata penuh dusta tanpa segan silu menipu rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai wawasan jauh ke hadapan dan mampu membina kekuatan nasional.

“Pemimpin yang memandang jauh ke hadapan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara unggul dengan mempunyai Kuasa Nasional, bukan sekadar tahu mengendeng dengan kuasa besar dunia tanpa halatuju sebenar identiti negara,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat kini semakin berani bersuara dan bangkit menuntut perubahan, demi menyelamatkan masa depan negara yang semakin terumbang-ambing.

“Rakyat bangkit bersuara. Demi Malaysia Unggul. Angkat Pemimpin Berwibawa,” katanya lagi.

Kenyataan itu hadir ketika ribuan rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka hari ini dalam Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan oleh pembangkang bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan besar-besaran itu menjadi manifestasi kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan yang gagal menunaikan janji dan mengurus negara dengan berkesan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PN dakwa DBKL sita pentas Himpunan Turun Anwar

Next Post

Himpunan Turun Anwar lambang kekecewaan rakyat – Dr Nik Zawawi

Related Posts