Himpunan Turun Anwar: Penyertaan ‘luar biasa’ bukti rakyat tolak Anwar – Mukhriz

KUALA LUMPUR, 2 SAFAR – Penyertaan ‘luar biasa’ Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan di ibu negara hari ini menjadi bukti rakyat tidak ‘kagum’ dengan tawaran daripada Ucapan Penghargaan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kehadiran yang dianggarkan sekitar puluhan ribu orang itu menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran hari ini dan ingin menggunakan peluang ini bagi meluahkan kekecewaan mereka.

“Dari kehadiran ini, penolakan rakyat yang saya ingat secara menyeluruh apa juga yang dia (Anwar) buat termasuk baru-baru ini memberi RM100, itu semua gula-gula yang memang tidak di terima oleh rakyat,” katanya kepada TV Pertiwi.

Terdahulu, himpunan yang dianjurkan oleh gabungan parti politik pembangkang berlangsung secara aman yang mana peserta dilihat mula berkumpul sekitar jam 2 petang di empat lokasi.

Empat lokasi berkenaan ialah di Dataran Sogo, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Negara dan Pasar Seni sebelum mereka berarak dan berkumpul beramai-ramai di Dataran Merdeka.

Dalam perkembangan sama, Exco Armada Malaysia, Na’im Brundage berkata, kehadiran belia, mahasiswa serta NGO dan NGI mencerminkan kemarahan yang telah lama membara susulan kekecewaan terhadap pentadbiran

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada berkata, mereka berkumpul hari ini untuk mendesak agar Anwar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Begitu ramai anak-anak muda, mahasiswa dan mahasiswi yang sangat jelik dengan pentadbiran Anwar.

“Kita cuma ada satu tujuan dan matlamat iaitu untuk Anwar letak jawatan,” katanya kepada TV Pertiwi.

Tambahnya lagi, sekiranya Anwar meletakkan jawatan, beliau berharap penggantinya akan lebih baik daripada kepimpinan sedia ada.

“Kita harap pengganti Anwar akan menjadi lebih baik dan membuat dasar-dasar yang lebih berkepentingan untuk rakyat dan bukan hanya berkepentingan untuk diri sendiri dan kaum kerabat,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Himpunan Turun Anwar lambang kekecewaan rakyat – Dr Nik Zawawi

Next Post

Krisis sempadan: Thailand, Kemboja runding di Putrajaya

Related Posts