‘Jom ramai-ramai sertai Himpunan Turun Anwar’ – Muhyiddin

BANGI, 29 MUHARRAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai dalam perhimpunan aman “Turun Anwar” di ibu negara esok, bagi menyatakan bantahan terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar bukan sahaja telah gagal mengurus negara dengan baik, malah memungkiri janji-janjinya kepada rakyat.

Katanya, selain kegagalan menangani isu kos sara hidup, kerajaan turut memperkenalkan pelbagai cukai baharu dan memotong subsidi, sekali gus menambah beban rakyat.

“Janji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli. 

“Semakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Perhimpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung esok di sekitar ibu negara disasarkan menarik penyertaan 300,000 orang sebagai manifestasi kekecewaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani yang didakwa gagal mentadbir negara.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pengumuman bantuan tunai RM100 dan penurunan harga petrol RON95 sebanyak enam sen merupakan langkah terdesak Anwar bagi untuk mengekang perasaan tidak puas hati rakyat.

Menurutnya, tindakan itu bukanlah suatu tindakan yang betul dalam menangani masalah kos bebanan kos sara hidup.

“Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan. Banyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dipulangkan hanyalah sedikit. Ia sudah terlambat,” katanya, 

Dalam pada itu, beliau turut memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

Beliau menyeru agar peserta yang menghadiri perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang.

“Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.

“Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya.

“Saya dan rakan-rakan pimpinan Perikatan Nasional akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok,” katanya. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bantah PM campur tangan pelantikan hakim, setiausaha politik PM dilantik Ketua Hakim Negara

Next Post

Himpunan Turun Anwar: Apa kata golongan belia?

Related Posts