Himpunan Turun Anwar untuk tukar PM, bukan guling kerajaan

BANGI, 29 MUHARRAM – Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung esok di ibu negara bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, himpunan yang dirancang di Dataran Merdeka itu menyasarkan Anwar secara peribadi dan bukan Kerajaan Perpaduan secara keseluruhan.

Katanya, Himpunan Turun Anwar bertujuan menurunkan individu yang bermasalah dalam negara ini, iaitu Anwar.

“Dalam Pakatan Harapan (PH), BN ada yang pandai buat kerja, yang jilat orang tak boleh. Turunkan Anwar naikkan tokoh lain. Kalau tak ada (tokoh lain) bagi kami (PN).

“Himpunan ini bukan untuk kudeta…cuma sampaikan mesej secara demokrasi,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.

Afnan Hamimi yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat, menjangkakan sekurang-kurangnya 300,000 orang akan menghadiri Himpunan Turun Anwar, menjadikan program itu sebagai kemuncak kepada siri-siri himpunan kecil anjuran PAS dan PN sebelum ini bagi mendesak Anwar berundur.

Menjawab cabaran Perdana Menteri agar pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar membayangkan bahawa PN tidak memiliki cukup sokongan untuk berbuat demikian. 

Namun, beliau memberi isyarat usaha ke arah itu tetap berjalan, sambil mengharapkan ahli-ahli parlimen kerajaan akan bertindak berani.

“Usaha itu berlaku, tapi kita perlu ahli-ahli Parlimen dari sebelah (kerajaan) yang berani, kita nak mereka benar-benar berani,” katanya.

Perdana Menteri pada 21 Julai lalu, dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan menghalang jika usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap beliau di Dewan Rakyat.

Anwar turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, supaya sebarang usul sedemikian jika dikemukakan akan terus dibahaskan serta-merta.

“Saya beritahu Speaker (Johari) kalau ada usul, (maka undian akan dijalankan) hari ini,” katanya semasa perhimpunan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Batu Puteh: PN usul rujuk PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen 

Next Post

Bantah PM campur tangan pelantikan hakim, setiausaha politik PM dilantik Ketua Hakim Negara

Related Posts