‘Memang RM100 nampak kecil…tapi kena bersyukur’ – MB Negeri Sembilan

SEREMBAN, 28 MUHARRAM – Bantuan tunai RM100 yang diumumkan Perdana Menteri semalam, dianggap sebagai langkah wajar bagi meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pesakit terlantar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa walaupun bantuan itu dipandang ringan oleh sesetengah pihak, namun nilainya amat besar bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

“Yang tidak mahu terima, terpulanglah… mungkin tak bermakna untuk dia. Tapi bagi orang susah dan memerlukan, saya rasa ini amat bermakna buat mereka,” katanya seperti dilapor Sinar Harian. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini semalam.

Menurut Aminuddin, langkah kerajaan itu bukan sahaja mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup, malah memberi kelegaan kepada ramai rakyat yang terhimpit dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Apa kita buat tak semua orang bersyukur dan tak semua orang akan setuju. Saya harap kita kena belajar ilmu bersyukur itu,” ujarnya.

Beliau turut berharap pengumuman seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan rentan.

“Saya rasa ini permulaan yang baik dan saya harap setiap tahun ada pengumuman sebegini yang dapat beri makna kepada rakyat.

“Memang RM100 itu nampak kecil, tapi tidak bagi golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pesakit terlantar,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Himpunan Turun Anwar: Manifestasi kematangan demokrasi?

Next Post

Himpunan Turun Anwar: Penjawat awam tertakluk arahan KSN – AGC

Related Posts