Pengukuhan ringgit mencerminkan keyakinan terhadap ekonomi negara – Anwar

BANGI, 27 MUHARRAM – Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencerminkan keyakinan terhadap ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setakat pertengahan tahun ini, ringgit telah mengukuh lebih 5% berbanding dolar AS yang ia kini berada pada paras RM4.23.

Katanya, prestasi ini meletakkan ringgit sebagai antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini.

“Jadi apa-apa pun propaganda luar, ringgit kita bukan RM4.50 atau RM4.70 yang pernah kita catat dulu,” katanya ketika sesi Pengumuman Khas Perdana Menteri hari ini.

Pada tahun lepas ringgit berlegar pada paras hampir RM4.80 pada Februari dan April sebelum ia mengukuh secara mendadak sehingga mencapai paras RM4.10 pada September tahun itu.

Namun begitu, nilai ringgit kembali menyusut dan berlegar di paras RM4.50 pada awal tahun ini sebelum nilainya mengukuh semula pada Mei antara RM4.20 ke RM4.30 sehingga bulan ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa ekonomi negara berada di landasan kukuh dan prestasi ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Katanya, dunia turut mengiktiraf kebangkitan negara yang mana Malaysia telah melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.

“Tahun sebelumnya, kita mencatat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion, meningkat 17% ketimbang 2023 dan pencapaian ini diunjur terus melonjak pada 2025,” ujar beliau.

Namun begitu, Anwar berkata, pencapaian membanggakan itu tidak membawa makna sekiranya rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RM100, minyak turun 6 sen: Mampukah halang rakyat berhimpun 26 Julai?

Next Post

Islam Wasatiy perlu dibawa ke semua paksi nasional – MUIS

Related Posts