Rafizi, Nazmi pindah tempat duduk di Dewan Rakyat

BANGI, 25 MUHARRAM – Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15, yang bermula hari ini, menyaksikan perubahan tempat duduk dua Ahli Parlimen yang tidak lagi bergelar menteri.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berpindah ke Blok D di Dewan Rakyat.

Rafizi berpindah ke barisan ketiga blok D dan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow, manakala bekas Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi juga di barisan ketiga, duduk bersebelahan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Sebelum ini, Rafizi ditempatkan di barisan hadapan Blok B bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang duduk di Blok A.

Blok A dan B dikhaskan untuk menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Rafizi meletakkan jawatan dalam Kabinet berkuat kuasa 17 Jun lalu, manakala Nik Nazmi pada 4 Julai.

Peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi adalah susulan kekalahan mereka pada pemilihan PKR, Mei lalu.

Rafizi gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR, manakala Nik Nazmi pula sebagai Naib Presiden parti.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel tolak rundingan damai, Hamas sedia hadapi perang jangka panjang

Next Post

Netizen sindir ‘janji’ Anwar, dari Isnin ke Rabu…

Related Posts