Penduduk kelaparan tunggu makanan ditembak rejim Israel

KAHERAH, 25 MUHARRAM –  Sekurang-kurangnya 67 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan tentera Israel ketika mereka sedang menunggu trak bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, kejadian itu berlaku ketika Israel mengeluarkan arahan pemindahan baharu di kawasan yang sesak dengan pelarian.

Kementerian itu menyatakan bahawa puluhan lagi turut cedera dalam kejadian itu yang merupakan antara angka kematian tertinggi dalam siri kekejaman Israel kebelakangan ini dengan mereka yang sedang menunggu bantuan menjadi mangsa, termasuk 36 orang terbunuh pada Sabtu lalu, manakala enam lagi terbunuh di sebuah lokasi bantuan lain di selatan Gaza.

Tentera Israel mendakwa, anggotanya melepaskan tembakan amaran ke arah ribuan orang di utara Gaza, semalam, bagi menghalang “ancaman serta-merta.” 

Selain itu, rejim Zionis mendakwa siasatan awal menunjukkan angka korban yang dilaporkan mungkin berlebihan dan menyatakan tidak menyasarkan trak bantuan kemanusiaan secara sengaja.

Program Makanan Sedunia PBB (WFP) menyatakan bahawa sebaik sahaja konvoi bantuan yang terdiri daripada 25 buah trak memasuki Gaza, ia disambut oleh “lautan manusia yang kelaparan”, sebelum kawasan itu diserang dengan tembakan.

“WFP menegaskan bahawa sebarang keganasan terhadap orang awam yang mencari bantuan kemanusiaan adalah sama sekali tidak boleh diterima,” kata kenyataan itu.

Seorang pegawai Hamas memberitahu Reuters bahawa kumpulan itu berasa amat marah dengan peningkatan korban jiwa dan krisis kebuluran di Gaza, dan perkara ini boleh menjejaskan rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung di Qatar.

Secara keseluruhan, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan bahawa seramai 90 orang terbunuh akibat tembakan dan serangan udara Israel di seluruh Gaza pada Ahad.

Selepas tentera Israel menggugurkan risalah menggesa orang ramai supaya berpindah dari kawasan kejiranan di Deir al-Balah, tengah Gaza, penduduk melaporkan bahawa pesawat Israel menyerang tiga rumah di kawasan tersebut. 

Puluhan keluarga mula meninggalkan kediaman mereka dengan membawa sebahagian barangan peribadi. Ratusan ribu pelarian Gaza kini berlindung di kawasan Deir al-Balah. – REUTERS

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penjawat awam tidak boleh sertai Himpunan Turun Anwar

Next Post

Lelaki pakai rantai logam disedut mesin MRI 

Related Posts