BANGI, 22 MUHARRAM – Pada pagi 1 April 2025, ketika warga Putra Heights baru hendak memulakan hari itu dengan bersemangat, tiba-tiba bunyi dentuman kuat memecah langit Subang Jaya.
Dalam sekelip mata, kawasan perbandaran yang damai bertukar menjadi medan bencana. Api menyembur keluar dari perut tanah, menyambar deretan rumah dan kenderaan, menghasilkan api merah menyala menjulang tinggi yang boleh dilihat dari beberapa kilometer jauhnya.
Letupan itu berpunca daripada saluran paip gas milik Petronas Gas Berhad (PGB) yang terletak beberapa meter di bawah permukaan. Saluran itu merupakan sebahagian daripada rangkaian Paip Gas Utiliti (PGU) negara yang membawa gas asli dari Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
🔒 Nak Baca Lagi?
Serendah RM7.50 sebulan sahaja, anda boleh dapatkan akses ke kandungan eksklusif PERTIWI+.