Pelantikan hakim: Sultan Selangor titah patuhi Perkara 122B

BANGI, 21 MUHARRAM – Sultan Selangor yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini, bertitah mengenai keperluan untuk mematuhi setiap peruntukan undang-undang, terutama di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bertitah, Perkara 122B memperuntukkan tentang proses dan tatacara pelantikan hakim-hakim kanan mahkamah atasan.

“Dalam hal ini, Beta menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bertarikh 10 Julai 2025 yang menyatakan bahawa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan jawatan penting yang lain dalam badan kehakiman setelah mendapat nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Proses yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan ini perlu dilaksanakan secara telus dan berhati-hati demi memelihara kedaulatan undang-undang serta mendukung prinsip keadilan yang menjadi teras utama dalam pemerintahan negara,” kata Sultan Selangor dalam laman sosial Facebook, Selangor Royal Office, hari ini.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak supaya mengelakkan dari membuat sebarang spekulasi dan tuduhan negatif tanpa memperolehi fakta yang lengkap dan sahih mengenai sesuatu perkara.

Sultan Sharafuddin bertitah, Mesyuarat ”pre-council” Majlis Raja-Raja diadakan pada 15 Julai lalu, diikuti Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269 yang bersidang semalam.

“Beta telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan pada kali ini. Alhamdulillah, Beta memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mesyuarat ini telah dapat berjalan dengan baik dan lancar.

“Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan rundingan bagi pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim mahkamah atasan,” kata baginda.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Idris sindir penyokong PKR buat laporan polis halang himpunan

Next Post

Polis serbu majlis rahsia Gay di Kelantan

Related Posts