‘Kenapa bila Anwar dapat pengampunan, kamu tidak bantah?’ – Choo Seong

BANGI, 20 MUHARRAM – Pemuda MCA membidas kenyataan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang menolak keras cadangan UMNO agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, wakil rakyat DAP itu sebenarnya yang bersikap dua darjat kerana memberi reaksi berbeza apabila melibatkan pengampunan antara Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Lip Eng langsung tidak membantah apabila Anwar telah menerima pengampunan Diraja pada 2018 yang menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu bebas dari penjara.

“Kalau pemimpin kamu, kamu berdiam diri, kalau pemimpin orang lain, kamu tidak setuju.

“Bagaimana pula kes perbicaraan terowong bawah laut yang sedang dibicarakan ini yang melibatkan pemimpin parti dia sendiri? Di mana dia?” katanya dalam rakaman sesi podcast semalam.

Malaysiakini pada 12 Julai lepas melaporkan Lip Eng membantah cadangan untuk membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah dan menegaskan bahawa prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi.

Beliau menyatakan bahawa semua sabitan jenayah mesti dihormati dan dilaksanakan tanpa pilih kasih.

Dalam pada itu, Choo Seong berkata, bantahan terhadap titah adendum adalah sama dengan mencabar keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan kepada Najib.

Justeru, beliau mencadangkan kepada wakil rakyat DAP yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan untuk mengusulkan pindaan Perlembagaan dalam sidang Parlimen.

“Bagaimana dia (Lip Eng) tidak faham dalam konteks pengampunan raja – kuasa mutlak yang ada pada YDP Agong ini dan dia sendiri nak mempertikaikan keputusan titah adendum.

“Kalau tidak setuju dengan Perlembagaan Persekutuan, saya cadangkan 40 wakil rakyat DAP usulkan pindaan Perlembagaan di Parlimen nanti,” ujarnya.

Pada masa sama, Choo Seong turut menegur Lip Eng supaya tidak memesongkan fakta dan menegaskan bahawa isu yang dipertikaikan pada hari ini bukan melibatkan pengampunan tetapi berhubung titah adendum yang didakwa disembunyikan.

 “Kita nak tahu siapa yang mempunyai kuasa melampaui Yang di-Pertuan Agong sehingga mengingkari titah baginda untuk memberikan tahanan rumah kepada Najib.

“Adakah DAP melampaui kuasa YDP Agong? ini adalah satu pertanyaan yang perlu Lim Lip Eng jawab sendiri,” katanya lagi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Usaha memartabatkan Jawi sebagai warisan bangsa

Next Post

Trump kenakan tarif 19 peratus ke atas Indonesia dalam perjanjian terbaru

Related Posts