Tiada pengumuman paling besar kecuali PMX letak jawatan – Fadhli Shaari

BANGI, 19 MUHARRAM – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tiada pengumuman yang lebih menggembirakan rakyat ketika ini selain peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas poster yang dimuat naik oleh Perdana Menteri baru-baru ini yang menyatakan akan ada satu pengumuman besar akan datang, dengan frasa berbunyi “penghargaan luar biasa untuk rakyat”.

Poster tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial, namun bagi Fadhli, penghargaan sebenar yang paling dinanti-nantikan rakyat bukanlah janji atau ganjaran, sebaliknya ialah pengunduran Anwar daripada jawatan tertinggi negara.

Menariknya, Fadhli turut memuat naik satu poster suntingan menyerupai poster Perdana Menteri itu, namun dengan tulisan berbeza iaitu “Bersama #TurunAnwar”, sebagai sindiran terhadap pengumuman yang akan dilakukan oleh kerajaan. .

Beliau turut menamatkan kenyataan ringkasnya di Facebook dengan tanda pagar #TurunAnwar.

Terdahulu, PAS menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

PAS menyatakan himpunan tersebut akan diadakan secara aman dan tertib, selaras dengan hak kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

93% penduduk Gaza kini hadapi kebuluran melampau

Next Post

Nahas Air India: Komunikasi juruterbang dan suis enjin fokus siasatan awal

Related Posts