58,000 syahid, Zionis kini sasar kanak-kanak cari air

GAZA, 18 MUHARRAM – Sekurang-kurangnya 95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu rejim Zionis yang menyasarkan pasar awam dan pusat pengagihan air di Gaza, sekali gus menjadikan jumlah korban melepasi angka tragis 58,000 nyawa.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan Israel ke atas sebuah pasar yang padat di Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang awam, termasuk seorang doktor tersohor, Dr Ahmed Qandil.

Lebih menyayat hati, kebanyakan yang terbunuh adalah kanak-kanak yang sedang beratur panjang untuk mendapatkan air minuman. 

Seramai 17 orang lain turut mengalami kecederaan dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu.

Tentera penjajah Zionis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung serangan pasar itu, tetapi dalam kenyataan berasingan mereka mendakwa bahawa serangan ke atas Nuseirat menyasarkan pejuang Palestin, namun tersasar akibat ‘kegagalan teknikal’. 

Pada masa sama, krisis air di Gaza semakin parah apabila loji penyahgaraman dan sistem kumbahan terpaksa ditutup berikutan sekatan bahan api oleh Israel.

Penduduk Gaza kini bergantung kepada perjalanan berisiko tinggi ke lokasi air terhad untuk mendapatkan keperluan asas.

Jumlah kematian akibat perang kejam Israel yang bermula pada 7 Oktober 2023 kini meningkat kepada 58,026 orang, lebih separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, lebih 138,500 rakyat Palestin telah cedera dalam tempoh sembilan bulan ini, manakala 2.1 juta lagi kini berdepan kebuluran akibat kepungan dan pemusnahan sistem asas kehidupan oleh rejim Zionis.

Agensi pelarian Palestin (UNRWA) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan kematian seorang lagi bayi akibat kekurangan zat makanan, satu lagi bukti penderitaan tanpa penghujung yang ditanggung umat Islam Gaza akibat kezaliman Zionis.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mencari nafas baharu media Melayu-Islam

Next Post

PM digesa letak jawatan, RCI bebas perlu siasat pelantikan hakim – Muhyiddin

Related Posts