Hospital Gaza sesak tanpa ubat, Sham hampir mati akibat meningitis

GAZA,12 MUHARRAM Kes meningitis dalam kalangan kanak-kanak di Semenanjung Gaza semakin membimbangkan susulan keadaan kemanusiaan yang terus merosot akibat serangan berpanjangan rejim Zionis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pertubuhan perubatan antarabangsa Médecins Sans Frontières (MSF) memberi amaran mengenai peningkatan penyakit berjangkit itu, khususnya selepas lebih 21 bulan konflik memusnahkan sistem kesihatan dan kebersihan awam di wilayah berkenaan.

“Ada peningkatan ketara dalam kes meningitis dalam kalangan kanak-kanak. Kami amat bimbang,” kata Dr Rik Peeperkorn, wakil WHO di Wilayah Palestin yang diduduki.

Di Hospital Nasser di selatan Gaza, seorang wanita dikenali sebagai Umm Yasmin dilihat memangku cucunya, Sham, yang berusia 16 bulan dan dijangkiti meningitis.

“Suhu badan Sham tiba-tiba naik dan badannya menjadi kaku. Kami tak dapat cari kenderaan… dia hampir mati,” katanya.

Menurut WHO, peningkatan jangkitan meningitis pada musim panas adalah biasa, namun kali ini situasinya jauh lebih teruk. Mereka sedang menyiasat peranan faktor-faktor seperti pencemaran, kekurangan vaksinasi, sistem perparitan yang rosak serta kesukaran mendapatkan rawatan awal.

Hospital-hospital di Gaza yang masih beroperasi kini dalam keadaan lumpuh – penuh sesak, kekurangan bekalan antibiotik penting dan langsung tiada ruang pengasingan pesakit.

“Tiada lagi ruang di hospital,” kata Dr Mohammed Abu Mughaisib, Timbalan Penyelaras Perubatan MSF di Gaza.

Wabak meningitis ini menambah lagi penderitaan penduduk Gaza yang terus dihimpit krisis kesihatan, kebuluran dan kemusnahan akibat penjajahan Israel yang berterusan tanpa henti. – REUTERS

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS kenakan tarif import 25 peratus terhadap Malaysia mulai 1 Ogos

Next Post

‘Isu hakim yang dibangkitkan Rafizi penting, tapi separuh masak’ – Puad

Related Posts