Tuduhan lawatan PM hanya ‘jalan-jalan’ cerminkan minda kecil pembangkang – Farhan

BANGI,11 MUHARRAM – Tohmahan pembangkang yang mendakwa lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara hanyalah ‘jalan-jalan’ adalah cerminan kepemimpinan yang berminda kecil. 

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, tuduhan segelintir pembangkang juga menggambarkan kebebalan mereka dalam memahami impak kekalutan geopolitik dan geoekonomi yang sedang melanda dunia terhadap rakyat dan bumi bertuah Malaysia. 

Tegasnya, setiap lawatan rasmi Perdana Menteri membawa agenda besar negara.

“Bermula dengan asas untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkukuh kerjasama strategik, membuka pasaran baharu untuk syarikat Malaysia, sehinggalah memperjuangkan suara negara membangun di platform global seperti BRICS. 

“Ini bukan suka-suka jalan-jalan. Ini diplomasi ekonomi dan geopolitik yang proaktif dan berpandangan jauh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Beliau mendakwa, ketika era pentadbiran gerombolan pembangkang dahulu, citra negara tidak terkehadapan. 

“Akuilah hakikat ini yang terserlah dalam lipatan sejarah krisis politik negara. Era kepemimpinan tempang, lemah dan ketandusan idea ibarat seperti ‘seekor belalang di tepi lautan’ itu sudah lama berlalu sejak Kerajaan MADANI memandu negara kita,” katanya. 

Sebaliknya, beliau berkata, di bawah kepimpinan MADANI, dunia kembali memandang Malaysia sebagai rakan yang berprinsip, stabil dan berpotensi. 

“Pelaburan berbilion ringgit, pemeteraian perjanjian strategik dan penyertaan aktif Perdana Menteri di platform ekonomi dan diplomatik bertaraf dunia membuktikan keberkesanan dasar luar kita,” katanya. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kehakiman negara dalam bahaya, MP PH gesa siasatan terbuka

Next Post

Tarif tambahan 10% untuk negara sehaluan dasar anti-Amerika BRICS

Related Posts