BANGI, 8 MUHARRAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kini memegang peranan baharu sebagai Pengerusi Eksekutif Politik Perbadanan Teknologi Informasi dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).
Pelantikan anak kepada Perdana Menteri itu diumumkan dalam Majlis Sambutan 10 Tahun SIDEC malam tadi yang turut dihadiri Pengarah Foxconn, Dr. Chiang Shang-Yi dan Perunding Foxconn, Datuk Lai Yit Long.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Nurul Izzah akan berperanan sebagai penasihat strategik bagi memperkukuh komunikasi antara sektor korporat, kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
“Beliau terlibat aktif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pembangunan generasi muda, teknologi dan juga kemahiran. Itu, adalah langkah ke depan untuk beliau terlibat bersama-sama dalam membantu dan menyusun pembangunan semikonduktor.
Katanya, Nurul Izzah terlibat aktif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pembangunan generasi muda, teknologi dan juga kemahiran.
“Itu, adalah langkah ke depan untuk beliau terlibat bersama-sama dalam membantu dan menyusun pembangunan semikonduktor.
“Beliau juga berada di belakang tabir sebenarnya dalam beberapa pengembangan semikonduktor di Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas.
“Jadi, kita ambil beliau untuk membantu menghubungkan kita dengan Kerajaan Persekutuan dan juga networking yang dibina selama beberapa tahun lepas,” katanya seperti dilapor Utusan.
Tambah Amirudin, fokus utama SIDEC ketika ini adalah mempercepat pengembangan sektor semikonduktor di Selangor melalui pembangunan reka bentuk litar mikro (IC design), antaranya menerusi penubuhan Malaysia Semiconductor IC Design Park di Puchong.
Namun begitu, SIDEC tetap mengekalkan mandat awalnya iaitu memperkasa peniaga kecil dan sederhana dengan program pendigitalan perniagaan, yang kini menyumbang lebih 60 peratus kepada ekonomi negeri.