Laporan penuh tanah jerlus Jalan Masjid India, akhir tahun

BANGI, 7 MUHARRAM — Laporan penuh mengenai kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India yang pernah menggemparkan ibu negara dijangka dibentangkan ke Kabinet selewat-lewat akhir tahun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa , berkata laporan kejadian itu baru diterimanya dan sedang diteliti sebelum dikemukakan kepada Kabinet.

“Jangkaan saya sebelum akhir tahun ini (laporan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet),” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Mata Hati Wilayah di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian pada Ogos tahun lalu, seorang mangsa yang berasal dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berkenaan membabitkan pelbagai agensi keselamatan, namun gagal menemukan mangsa.

Sementara itu, Dr Zaliha menolak gesaan sesetengah pihak supaya pembinaan projek Kota MADANI ditangguhkan.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu suatu keperluan kerana dapat menyelesaikan masalah perumahan penjawat awam.

“Mereka (penjawat awam) yang menunggu (kuarters) ini banyak hingga 17,000 orang. Maka, unit yang kita bina nanti dalam Kota MADANI, lebih kurang 10,000 unit.

“Jadi itu akan membantu sedikit sebanyak untuk menyelesaikan masalah rumah ataupun kuarters yang diperlukan oleh penjawat awam.

“Kita tahu di Putrajaya khususnya, 60 peratus daripada penduduk ialah penjawat awam. Maka, kita perlu memberikan keselesaan kepada mereka. Jadi saya tak setuju jika dinyatakan bahawa ia harus dilewatkan pembinaan,” katanya.

Projek bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT), tanpa membabitkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Kota MADANI bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk, sekolah menegak serta pelbagai kemudahan awam.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terusan Segenting Kra: Ancaman atau peluang untuk Malaysia?

Next Post

Gencatan senjata: Hamas runding dengan kumpulan pejuang Palestin

Related Posts