Hakim Besar Malaya jalankan tugas Ketua Hakim Negara 

BANGI, 7 MUHARRAM – Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara, termasuk menjalankan fungsi-fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan, sehingga pengganti dilantik secara rasmi.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan hari ini, yang menjelaskan pelantikan itu dibuat selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan Seksyen 9(1)(b) dan Seksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

“Badan kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, Tan Sri Hasnah yang sepatutnya bersara wajib pada usia 66 tahun pada 15 Mei lalu, telah disambung perkhidmatannya selama enam bulan sehingga 14 November ini.

Sementara itu, jawatan Ketua Hakim Negara kini kosong susulan persaraan wajib penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 2 Julai lalu.

Tengku Maimun merupakan wanita pertama dalam sejarah negara yang dilantik memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman, berkuat kuasa 2 Mei 2019 menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isyarat kritikal kepada kerajaan di sebalik peningkatan populariti Anwar

Next Post

Luar biasa Hakim Besar Malaya pangku 2 jawatan tertinggi kehakiman

Related Posts