Pintasan komunikasi Iran dedah serangan AS beri kerosakan terhad

BANGI, 4 MUHARRAM — Komunikasi yang dipintas antara pegawai kanan Iran menunjukkan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) baru-baru, ini ke atas program nuklear Iran menyebabkan kerosakan yang lebih kecil daripada yang dijangka.

Menurut laporan The Washington Post, risikan isyarat sulit itu menunjukkan pegawai Iran secara peribadi membincangkan mengapa serangan yang diperintahkan oleh Presiden AS, Donald Trump tidak sedahsyat seperti yang dijangkakan.

Namun, seorang pegawai kanan risikan AS memberitahu akhbar itu bahawa satu maklumat risikan isyarat sahaja tidak menggambarkan gambaran penuh risikan. Pegawai itu memberi peringatan bahawa satu panggilan telefon tidak sama dengan penilaian penuh yang berasaskan pelbagai sumber.

Trump dan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, bersama beberapa pegawai tertinggi lain, menegaskan bahawa serangan itu benar-benar memusnahkan tapak pengayaan nuklear Iran.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Iran mengakui berlaku kerosakan serius, tetapi berkata bahan-bahan utama telah dipindahkan lebih awal, sekali gus mengehadkan kesan jangka panjang.

Trump menolak dakwaan pemindahan itu dengan berkata: “Mereka tidak memindahkan apa-apa. Mereka tidak sangka ia benar-benar boleh dilakukan seperti yang kami lakukan.”

Penilaian awal risikan AS, yang dilaporkan oleh CNN dan The New York Times, mencadangkan serangan itu mungkin hanya melambatkan program Iran selama beberapa bulan, satu pandangan yang dipertikaikan oleh Rumah Putih.

Pengarah CIA John Ratcliffe berkata risikan baharu mendapati serangan itu menyebabkan kerosakan teruk yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan. – ANADOLU

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Calon Ketua Hakim Negara mesti bebas kontroversi

Next Post

Anwar perlu jelaskan status lanjutan khidmat Ketua Hakim Negara – PN

Related Posts