Amir Hamzah jalankan tugas, fungsi Menteri Ekonomi

BANGI, 29 ZULHIJJAH – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri pada 25 Jun lalu.

“Tugas utama Datuk Seri Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media pada 28 Mei lalu melaporkan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kekalahannya dalam pemilihan parti pada Mei lalu yang menyaksikan jawatan Timbalan Presiden PKR kini disandang oleh Nurul Izzah Anwar, bermakna beliau tidak lagi memounyai mandat untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Epal, oren import dikecualikan daripada SST – MOF

Next Post

(Podcast) Fatwa tidak boleh dicabar: Penjelasan disebalik penghakiman rayuan SIS Forum

Related Posts