PERANG Iran dan Israel yang sedang berlangsung telah mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan umat Islam.
Terdapat dua aliran pandangan yang bercanggah dalam kalangan masyarakat kita.
Pihak pertama:
• Menyokong tindakan Iran atas dasar kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.
• Pada masa sama, tetap menolak mazhab Syiah Imamiyah yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
• Sokongan mereka terhadap Iran bersifat strategik dalam konteks peperangan, bukan kerana bersetuju dengan pegangan Syiah.
Pihak kedua:
• Menyeru kepada taqrib (penyatuan) antara Sunnah dan Syiah.
• Kurang senang apabila isu penyelewengan akidah Syiah dibangkitkan.
• Merasakan peringatan sebegitu mengganggu usaha kesatuan umat.
Perbalahan terbuka antara dua pihak ini mula mengelirukan masyarakat awam.
Ramai yang akhirnya tidak memahami mana satu yang perlu diutamakan, isu peperangan atau isu akidah?
Dalam kekalutan ini, media berperanan penting untuk menyatukan, bukan memecah-belahkan.
Fokus kita sepatutnya kepada perkara yang lebih mendesak dan memberi impak segera.
Jadi, apa yang perlu kita utamakan sekarang?
• Isu peperangan Iran-Israel dan kesan langsung kepada rakyat Palestin.
• Bagaimana kekalahan Israel boleh menghentikan pembunuhan kejam terhadap orang awam.
• Usaha menyatukan masyarakat Malaysia agar tidak berpecah hanya kerana perbezaan pandangan.
Isu taqrib Syiah-Sunnah bukan isu baru. Ia telah lama dibahaskan oleh para ilmuan yang lebih layak.
Isu ini memerlukan pentas yang sesuai, bukan medan perbahasan umum yang penuh emosi dan sindiran.
Sekarang waktu perang. Waktu umat Islam diserang. Waktu kita perlu fokus dan bersatu.
Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang sibuk berbalah sesama sendiri sedangkan musuh terus mara ke hadapan.
Fokus utama sekarang ialah bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh bersatu menyokong agenda keadilan dan kemanusiaan.
Kesatuan itu adalah kekuatan. Dan daripada kekuatan, datangnya kemampuan untuk membina dan membela.
TV Pertiwi menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha membangunkan media bebas yang memperjuangkan suara rakyat.
Ingat, media bebas adalah kekuatan kita. Tanpa media bebas, suara kita tak akan diangkat oleh media lain.
Langganlah pakej berita kami. Ini usaha kolektif kita untuk mengekalkan suara bebas dan seimbang di tengah arus propaganda.
Langgan di sini: https://tvpertiwi.com/eksklusif/
Jangan biarkan fokus ini terganggu dengan perdebatan yang tidak sesuai pada tempat dan waktunya.
Denyut Jantung Ummah. Demi Pertiwi.
Mohd Firdaus Salleh Hudin, Ketua Pegawai Eksekutif TV Pertiwi
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi