Jika bukan kita angkat Melayu, siapa lagi? Ayuh ke HPBM Sabtu ini

BANGI, 29 ZULHIJJAH – Gabungan Nasionalis menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk hadir beramai-ramai ke Hari Peradaban Bangsa Melayu 2025 (HPBM) di Dewan Majlis Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, Sabtu ini.

Program yang dijangka menghimpunkan sekurang-kurangnya 10,000 peserta itu dianjurkan bagi memperkukuh jati diri dan menyemarakkan kesedaran terhadap warisan bangsa, melalui kerjasama lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi NGO Melayu, budaya dan kesenian.

Presiden Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya berkata, HPBM 2025 bertujuan mempamerkan keunikan budaya Melayu termasuk pakaian, permainan dan cara hidup yang seharusnya disambut baik oleh semua pihak.

“Kita hanya nak merayakan budaya kita. Mempamerkan apa itu orang Melayu, apa itu budaya Melayu, pakaian orang Melayu, permainan orang Melayu dan sebagainya.

“Jadi tidak harus menjadi satu ‘dogma’ yang menakutkan tetapi seharusnya mendapat satu sambutan yang baik daripada semua pihak,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak memandang ringan usaha mengangkat bangsa Melayu, kerana ia juga bermaksud mengangkat agama Islam.

“Jom ke Cyberjaya Sabtu ini, 28 Jun 2025. Jika tidak kita yang mengangkat bangsa Melayu, tidak ada lagi sesiapa yang kisah.

“Budaya bukan hanya bererti pakaian dan mainan tetapi corak kehidupan orang Melayu kesemuanya termasuklah amalan agama.

“Mengangkat Melayu bermakna mengangkat agama Islam kerana Melayu dan Islam berpisah tiada. Kuat Melayu maka kuatlah Islam tetapi jika Melayu lemah, Islam juga akan lemah.

“Kesatuan Melayu mesti bermula dengan kekuatan agama,” katanya. 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan sapu isu kehakiman bawah karpet

Next Post

MUDA tawar Syed Saddiq kembali jadi presiden

Related Posts