Trump berang Israel langgar gencatan senjata, kutuk dengan kata kesat

WASHINGTON, 28 ZULHIJJAH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluahkan kemarahan terhadap Israel selepas rejim Zionis itu didakwa melanggar gencatan senjata yang dipersetujui bersama Iran.

Dalam kenyataan paling tegas sejak kembali ke White House, Trump menyifatkan tindakan Israel sebagai keterlaluan selepas rejim itu melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Tehran sejurus perjanjian diumumkan.

“Israel, sebaik sahaja kami umumkan perjanjian, terus keluar dan jatuhkan bom dalam jumlah yang belum pernah saya lihat. 

“Saya sangat tidak berpuas hati dengan Israel,” katanya dalam sidang media tergempar di White House.

Beliau turut mengecam kedua-dua pihak – Israel dan Iran – kerana gagal menghormati perjanjian yang dicapai. 

Trump menyifatkan mereka sebagai “tidak tahu apa yang mereka sedang lakukan”, dan menggunakan kata-kata kesat dalam nada penuh kemarahan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel terus gempur Gaza, 40 Palestin terbunuh

Next Post

Serangan udara AS gagal musnahkan tapak nuklear Iran

Related Posts