Rakyat Malaysia beruntung dapat PM seperti Anwar, kata Wanita PKR

BANGI, 28 ZULHIJJAH — Rakyat Malaysia beruntung mendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Naib Ketua Wanita PKR, Rozana Zainal Abidin

Beliau berkata, ini kerana Anwar, sepanjang kehidupannya telah diuji dan terbukti ketabahannya yang penuh onak dan duri.

Merujuk kepada laporan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Merdeka Center, Rozana berkata, sebanyak 55% sokongan terhadap Perdana Menteri adalah tanda dan bukti data aspirasi politik perubahan rakyat.

“Bak kata Hamka, seorang pemimpin bukan hadir dalam bilik kuliah tetapi lahir dari kancah pergelutan dalam kehidupan masyarakat.

“Politik perubahan yang kita perjuangkan selama ini meliputi segenap aspek kehidupan masyarakat tidak kira orang. besar ataupun kecil.

“Jika selama ini, rakyat dihidangkan dengan pidato politik oleh Anwar Ibrahim tetapi kini kita menyaksikan bukti tanda Anwar Ibrahim bekerja yakni Madani Bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Rozana menyeru semua berganding bahu terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri dalam menerajui kerajaan Malaysia.

Katanya, aspirasi rakyat adalah tegaknya prinsip kebebasan dan keadilan, suburnya nilai-nilai seperti amanah dan terjaminnya keselamatan serta terlaksana pemerintahan ‘rule of law’ yang berintegriti.

“Kita yakin dan percaya kepimpinan Malaysia Madani memberikan kesejahteraan sosial masyarakat secara inklusif dan menyeluruh,” tambah beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes rasuah: 2 ADUN Sabah, ‘Albert Tei’ akan didakwa – SPRM

Next Post

Tujuh tentera Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza

Related Posts