MIPP gesa anak muda hadir Himpunan Turun Anwar

BANGI, 28 ZULHIJJAH — Ketua Pemuda Kebangsaan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Justin Prabakaran, menggesa anak muda untuk menyertai Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung pada 26 Julai akan datang di ibu negara.

Beliau berkata, penyertaan himpunan itu merupakan manifestasi jelas penolakan terhadap kegagalan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Perpaduan yang dilihat semakin hilang arah.

“Kita menyaksikan kegagalan demi kegagalan dari isu ekonomi yang terus menekan rakyat, ketidakupayaan menangani kos sara hidup, kelembapan pembangunan luar bandar, sehinggalah kepada sikap acuh tak acuh terhadap suara rakyat marhaen.

“Demokrasi semakin terhakis, kritikan dibungkam, dan janji reformasi tinggal slogan kosong,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa himpunan tersebut bukan sekadar bantahan, sebaliknya merupakan tuntutan moral dan tanggungjawab generasi muda untuk memastikan masa depan negara tidak terus digadaikan kepada pihak yang gagal memikul amanah.

Beliau turut menekankan bahawa anak muda adalah harapan bangsa yang bukan sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya perlu tampil sebagai penggerak kepada gelombang perubahan.

“Jika hari ini kita berdiam diri, esok belum tentu negara ini masih milik kita. Turunlah beramai-ramai. Bangkitlah demi keadilan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat. 

“Turun Anwar. Selamatkan Malaysia,” katanya. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tindakan Maria Chin gugat kedudukan Mahkamah Syariah – GPS

Next Post

Kes rasuah: 2 ADUN Sabah, ‘Albert Tei’ akan didakwa – SPRM

Related Posts