Israel setuju cadangan Trump, laksana gencatan senjata dengan Iran

TEL AVIV, 27 ZULHIJJAH – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersetuju dengan cadangan gencatan senjata oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas lebih seminggu konflik ketenteraan memuncak antara kedua-dua negara.

Trump membuat pengumuman itu beberapa jam selepas Israel dan Iran masih melancarkan serangan balas antara satu sama lain.

Netanyahu dalam satu kenyataan kononnya menyifatkan perkembangan itu sebagai satu kejayaan besar untuk Israel.

“Israel telah mencapai satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya setanding dengan kuasa-kuasa besar dunia,” katanya sambil memberi amaran keras bahawa sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata itu akan dibalas dengan tindakan tegas.

Kenyataan itu dilaporkan bercanggah apabila Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan bahawa Tehran tidak pernah bersetuju dengan sebarang perjanjian gencatan senjata.

“Kami tidak berniat meneruskan tindak balas, selagi Israel menghentikan serangan terhadap Iran,” katanya dalam kenyataan lewat malam Isnin.

Menurut seorang pegawai AS, Iran dilaporkan telah menyerang pangkalan udara Al Udeid milik AS di Qatar pada Isnin – dua hari selepas tentera Amerika menyerang tiga tapak nuklear utama di Iran. – Agensi

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Iran tangkap enam tali barut Mossad

Next Post

Bakar karikatur PMX: Mahasiswa bidas ketua AMK

Related Posts