Iran tangkap enam tali barut Mossad

TEHRAN, 27 ZULHIJJAH – Pihak berkuasa Iran menahan enam individu yang disyaki menjadi perisik kepada agensi perisikan rejim Israel, Mossad, dalam satu operasi keselamatan di wilayah barat negara itu.

Menurut laporan media rasmi Iran, pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menahan kesemua suspek di bandar Hamadan, Razan dan Nahavand.

Pegawai IRGC, Ali Akbar Karimpour berkata, mereka yang ditahan dianggap sebagai ‘pengkhianat’ kerana menjalankan aktiviti terancang secara dalam talian bagi tujuan menggugat kestabilan negara.

“Mereka terbabit dengan aktiviti di media sosial bagi mencetuskan kebimbangan awam, memburukkan imej pemerintahan dan mencemarkan nama baik Iran,” katanya seperti dilapor Al Jazeera.

Karimpour tidak memperincikan bentuk komunikasi antara suspek dengan Mossad, namun menegaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sejak bermulanya konflik Iran-Israel, pihak berkuasa Iran telah menahan puluhan individu atas dakwaan menjadi perisik kepada rejim Zionis, dan beberapa daripadanya telah pun dijatuhkan hukuman mati.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak perlu model baru, guna model Sekolah Amanah untuk jayakan SAM – Dr Anuar

Next Post

Israel setuju cadangan Trump, laksana gencatan senjata dengan Iran

Related Posts