Tiada pertembungan kem, kata Ahmad Fadhli selepas kekalahan MB Perlis

BANGI, 26 ZULHIJJAH — Pas tidak menyaksikan pertembungan kem dalam parti tersebut walaupun nama-nama besar tewas dalam pemilihan dalaman peringkat bahagian.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kekalahan itu menunjukkan keterbukaan dalam parti tersebut dalam proses pemilihan yang berlangsung sejak lebih sebulan lalu.

“Kita tidak ada kem-kem tertentu sebab pemilihan di peringkat kawasan akan kekal di kawasan. Ia tidak sampai ke pusat.

“Sama ada ia isyarat oleh kepimpinan negeri, itu soal nombor dua,” katanya mengulas kekalahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam persaingan merebut jawatan sebagai Yang di-Pertua Pas bahagian Arau.

Beliau berkata demikian selepas majlis Hari Wartawan Nasional anjuran SG4 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Media baru-baru ini melaporkan, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri hanya memperoleh 43 undi, tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi yang menerima sebanyak 128 undi.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Pas melakukan pemilihan secara tertib dan teratur dan Pas tidak memerlukan ‘Hiruk’ atau ‘Damai’,” merujuk kepada pasukan yang bersaing semasa perebutan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini.

Katanya, kekalahan Menteri Besar Perlis tidak memberi kesan kepada pentabdiran negeri kerana mengikut perlembagaan, tidak semestinya Yang di-Pertua Pas dilantik menjadi Menteri Besar atau Pesuruhjaya.

“Paling tidak, parti akan memberikan perhatian kepada perkembangan yang berlaku dan tindakan akan diambil semasa Muktamar Agung Pas Pusat nanti,” katanya.

Tambah beliau, pemilihan kali ini Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berundur sebagai Ketua Pas Marang, Menteri Besar Kelantan telah dilantik sebagai Ketua Pas Pasir Mas dan Menteri Besar Kedah kekal sebagai Ketua Pas Sik.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Mohd Shukri berkata kekalahan tersebut memberi ruang kepadanya untuk bermuhasabah.

“Ia menjadi ruang muhasabah buat diri saya, dalam mengimbangi tanggungjawab saya sebagai pemimpin kerajaan dan sebagai anggota parti yang telah kita bina bersama.

“Saya amat berharap agar barisan kepimpinan PAS Kawasan Arau yang baru akan terus memperkukuh saf perjuangan kita serta membantu memperteguh kerajaan Perikatan Nasional Perlis, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang semakin menghampiri,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO bukan lagi ‘Payung Besar’ Melayu – Tun Faisal

Next Post

Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Iran tentukan penutupan Selat Hormuz

Related Posts