‘Jangan lebih sangat puji DAP tu, berpada-padalah’

BANGI, 26 ZULHIJJAH – Keputusan PAS menarik ‘handbrake’ lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyelamatkan parti itu daripada terus hanyut dalam pakatan bersama DAP, kata Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Naib Presiden PAS itu berkata, parti itu berpengalaman dikecam ketika bersama DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

“Kami lama dah kena balun dengan netizen waktu berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif.

“Sebab itu PAS tarik handbrake awal-awal lagi sebelum PRU14. Kami tahu dah akibatnya. Alhamdulillah kami selamat,” katanya.

Idris berkata, PAS hanya akan berkawan dengan mana-mana pihak jika hubungan itu mampu memberi keuntungan kepada agama dan bangsa.

“PAS berkawan kalau boleh untung agama dan bangsa. Kalau tidak dapat perkara ini, hendak buat apa?,” tegas beliau.

Mengulas isu semasa melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau menyatakan simpati terhadap sahabatnya itu yang kini menjadi sasaran kecaman netizen selepas membuat kenyataan memuji DAP.

“Kesian dekat sahabat saya Dr Asyraf Wajdi. Kena balun teruk oleh netizen. Cuba buka link. Baca komen dan emoji pembaca,” katanya sambil menyertakan pautan hantaran tersebut. https://www.facebook.com/bhonline/posts/pfbid02tjUY99eFf8X53uKkDMXzLaRCUm974Y4uWb46T1c4PxxbKpYgDy6QstoM7Hymst33l

Dalam nada berseloroh tetapi menyindir, Idris juga menasihatkan Asyraf agar berpada-pada dalam memberi pujian kepada DAP.

“Hai sahabat, jangan lebih sangat puji DAP tu. Berpada-pada cukuplah puji tu, katanya.

Menurut Idris, netizen menyifatkan pujian yang diberikan kepada DAP itu sebagai kenyataan oleh mereka yang berkepentingan dan sedang memegang jawatan.

“Hendak buat macam mana, pemimpin UMNO kata DAP ikhlas, tak berpura-pura. Tidak ada apa-apa pun terancam.

“Netizen kata, ini jawapan orang yang ada kepentingan dan jawatan, realiti mereka amat terasa bahangnya,” katanya.

Mengimbau pengalaman PAS dalam Pakatan Rakyat dahulu, beliau berkata, PAS ketika itu menang besar di kawasan bukan Melayu, namun kalah di banyak kerusi Melayu – satu risiko yang merugikan untuk masa depan politik jangka panjang.

“Waktu dalam Pakatan Rakyat memang kami menang besar di peti undi bukan Melayu, tapi kami merosot di peti undi orang Melayu. Apa makna untuk politik jangka panjang?

Rakyat tak boleh terima DAP, terutama orang Melayu,” katanya.

Idris juga menyindir UMNO yang menurutnya suatu ketika dahulu giat memberi ‘tarbiyah’ supaya jangan berkawan dengan DAP, antaranya menerusi program Biro Tatanegara.

“Yang tarbiyah supaya jangan kawan DAP, UMNO la. Masihkah engkau ingat lagi anak kecil main api di program Biro Tatanegara dulu?,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, netizen turut membongkar semula kenyataan-kenyataan lama Dr Asyraf mengenai DAP yang berbeza dengan pendirian sekarang.

“Depa pun pakat dok buka balik kenyataan anta, wahai Dr Asyraf, mengenai DAP.

“Jenuh Dr Asyraf hendak meyakinkan penyokong UMNO dan orang Melayu supaya terima DAP. Segala hujah-hujah yang diberi oleh Dr Asyraf, lunyai kena balun,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kalah perang pun boleh dilantik sebagai jeneral

Next Post

MCA Kuantan usul parti itu keluar dari Kerajaan Madani

Related Posts