Rakyat Iran semakin bersatu selepas serangan Israel — Putin

ST PETERSBURG, 23 ZULHIJJAH — Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, rakyat Iran semakin bersatu di belakang kepimpinan negara itu, sambil menyatakan bahawa kemudahan pengayaan uranium bawah tanah Iran masih utuh walaupun berdepan serangan Israel yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Putin berkata demikian ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus berteka-teki sama ada AS akan turut serta dalam pengeboman Israel terhadap “tapak nuklear dan peluru berpandu” Iran.

Pada masa sama, penduduk ibu negara Iran mula meninggalkan kota itu pada hari keenam serangan udara.

Putin meminta semua pihak agar mencari jalan menamatkan permusuhan dengan memastikan hak Iran terhadap kuasa nuklear untuk tujuan aman dan hak Israel untuk mendapat keselamatan negaranya.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa kejatuhan kerajaan Iran boleh berlaku akibat serangan ketenteraan Israel, serta tuntutan Trump supaya Iran “menyerah tanpa syarat”, Putin berkata matlamat utama sesuatu tindakan perlu sentiasa dinilai sebelum dimulakan.

“Kita melihat bahawa pada masa ini di Iran, di sebalik kerumitan proses politik dalaman yang sedang berlaku…rakyat semakin bersatu di belakang kepimpinan politik negara,” kata Putin kepada ketua-ketua editor agensi berita utama dalam satu pertemuan di Rusia.

Putin memberitahu telah berhubung secara langsung dengan Trump dan Netanyahu, serta menyampaikan cadangan Rusia bagi menyelesaikan konflik ini.

Beliau turut mengesahkan bahawa kemudahan pengayaan uranium bawah tanah Iran masih utuh.

“Kemudahan bawah tanah itu memang wujud dan tidak mengalami sebarang kerosakan,” kata Putin, sambil menambah bahawa semua pihak perlu mencari penyelesaian yang dapat memenuhi kepentingan Iran dan Israel.

“Bagi saya, adalah wajar untuk semua pihak mencari jalan menamatkan permusuhan ini dan mencari jalan supaya semua pihak yang terlibat dalam konflik ini dapat mencapai persetujuan bersama,” katanya.

Pada pandangan saya, secara umumnya penyelesaian begini boleh dicapai.”

Putin turut menegaskan bahawa Iran tidak meminta sebarang bantuan ketenteraan daripada Moscow.

“Iran tidak meminta kami memberikan sebarang bantuan ketenteraan,” kata Putin.

“Malah ketika kami sebelum ini menawarkan kerjasama dalam pembangunan sistem pertahanan udara, Iran menunjukkan minat yang agak rendah,” tambahnya.

Putin berkata terdapat pilihan yang boleh menjamin kepentingan Iran dan meredakan kebimbangan pihak Israel, dan cadangan-cadangan tersebut telah disampaikan kepada rakan-rakan sejawat.

Beliau turut memaklumkan bahawa Rusia dan Iran telah menandatangani kontrak untuk membina dua lagi unit nuklear baharu di Loji Kuasa Nuklear Bushehr.

“Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan, pakar-pakar kami seramai lebih 200 orang kini berada di tapak. Kami juga telah bersetuju dengan kepimpinan Israel bahawa keselamatan mereka akan terjamin,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov sebelum ini berkata, Moscow mengingatkan AS supaya tidak melancarkan serangan ke atas Iran kerana tindakan itu boleh mencetuskan ketidakstabilan besar di Asia Barat.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia turut memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran berisiko mencetuskan bencana nuklear. — TRT World

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekatan, intimidasi bukan jawapan kepada kebebasan bersuara – MCA

Next Post

Kes SRC RM27 juta: Mahkamah Tinggi lepas tanpa bebaskan Najib

Related Posts