Sokong kerajaan tak bermakna perlu jadi ‘yes man’ – MCA

BANGI, 22 ZULHIJJAH — Kritikan yang dibuat terhadap dasar kerajaan adalah berdasarkan fakta dan ia bukannya fitnah, tegas Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.

Beliau berkata, meskipun MCA merupakan antara parti komponen Kerajaan Perpaduan, parti itu tetap akan memainkan peranan semak imbang yang ia demi kepentingan rakyat.

“Misalnya dalam isu cukai perubatan tradisional dan komplementari (TCM), MCA lantang bersuara dan akhirnya kerajaan buat pusingan u.

“TCM tidak dikenakan cukai perkhidmatan seperti diwartakan sebelum ini. Ini membuktikan kritikan konstruktif mampu membuahkan hasil.

“MCA kritik bukan suka-suka, MCA kritik demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, begitu juga dengan isu-isu besar lain seperti penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyebabkan kerugian antara RM500 juta hingga RM700 juta.

Selain itu, katanya, isu lain termasuk skandal MyKiosk dan arahan kerajaan kepada syarikat telekomunikasi supaya menyerahkan data peribadi pengguna. 

“Semua ini dibangkitkan MCA atas semangat tanggungjawab, bukan agenda politik.

“Namun malangnya, kritikan-kritikan membina ini tidak dapat diterima oleh segelintir pemimpin dalam PH (Pakatan Harapan). 

“Menteri DAP secara sembrono dan angkuh menyatakan mahu ‘mencari’ TikTokers yang membangkitkan isu MyKiosk,” ujar beliau.

Choo Seong turut meluahkan rasa kecewa apabila pemimpin Pemuda MCA turut dipanggil ke Bukit Aman hanya kerana mempersoalkan dasar kerajaan.

Tambah beliau, parti itu tidak pernah meminta tempat dalam Kabinet dan sokongan yang diberi kepada Kerajaan Perpaduan adalah berdasarkan prinsip kestabilan, bukan jawatan semata-mata. 

“Menyokong kerajaan tidak bererti kita perlu jadi ‘yes man’ setiap masa.

“Tiada kerajaan yang sempurna, namun apabila kerajaan menambah hutang negara sebanyak RM234.2 bilion dalam tempoh hanya 30 bulan, menaikkan nisbah hutang kepada KDNK daripada 60.3% ke 65.5% pada akhir suku pertama 2025, jelas menunjukkan kegagalan pengurusan fiskal,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan hala tuju negara apabila kerajaan dilihat menyekat suara yang tidak berkongsi pandangan sama.

Katanya, dakwaan ini ekoran banyak kandungan di media sosial yang mengkritik dasar kerajaan termasuk dari MCA sendiri telah dipadam.

“Sebagai parti politik bertanggungjawab dan prihatin, MCA akan terus bersuara, bukan kerana inginkan kuasa, tetapi kerana sayangkan negara.

“Biar rakyat nilai sendiri siapa yang benar-benar memperjuangkan suara rakyat dan siapa pula sekadar menjadi penulis propaganda,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kalau Yusoff Rawther pro-Israel, kenapa Anwar ambil dia bekerja? – Rafique

Next Post

Mahkamah Persekutuan sahkan fatwa fahaman liberalisme, pluralisme sesat

Related Posts