Tinggalkan Tehran sekarang! – Trump beri amaran keras kepada rakyat Iran

WASHINGTON, 20 ZULHIJJAH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa seluruh penduduk Tehran supaya segera meninggalkan ibu negara itu ‘sebelum terlambat’ – ketika ketegangan ketenteraan antara Israel dan Iran terus memuncak.

Gesaan itu dibuat ketika Trump menghadiri Sidang Kemuncak G7 di Alberta, Kanada, di mana isu perang terbuka antara Israel dan Iran yang telah berlarutan selama lima hari menjadi antara agenda utama perbincangan bersama para pemimpin dunia.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menulis dengan nada amaran:

“Iran tidak boleh memiliki senjata nuklar. Saya sudah ulang berkali-kali! Semua orang harus segera keluar dari Tehran!”

Amaran itu dikeluarkan susulan serangan udara bertubi-tubi oleh tentera Israel ke atas beberapa bandar di Iran, termasuk Tehran. 

Konflik yang tercetus kini menyaksikan kedua-dua negara saling melancarkan serangan udara, menambahkan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya perang berskala lebih besar di rantau Asia Barat.

Trump sebelum ini menekankan bahawa Iran sepatutnya telah menandatangani perjanjian nuklear dengan Amerika Syarikat ketika peluang masih terbuka. 

“Mereka perlu buat perjanjian,” katanya kepada media.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PN gesa kerajaan tangguh caj pelabuhan 30%, elak jejas ekonomi negara

Next Post

Pelantikan Ketua Hakim: PN mahu proses telus, bebas campur tangan politik

Related Posts