‘Saya anggap mereka ‘dream team’, tapi ini keputusan lebih besar’

BANGI, 20 ZULHIJJAH – “Saya anggap pasukan di NRES, jabatan dan agensi sudah mencapai tahap ‘dream team’ – dengan komitmen, kebolehan dan kewibawaan yang luar biasa,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad, yang telah mengumumkan peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), berkuat kuasa 4 Julai ini.

Dalam perkongsian di Facebooknya hari ini, beliau menceritakan detik pertemuan dengan Pengerusi Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Shareen Abdul Ghani, minggu lalu ketika beliau mengemas pejabatnya di kementerian.

“Selepas kami duduk di sofa Pejabat Menteri, beliau bertanya: ‘Ada peluang lagi kami yakinkan YB untuk ubah fikiran?’

“Saya cuma tersenyum dan memandang ke sekeliling pejabat. Shareen mengikut pandangan mata saya – melihat rak-rak kosong yang sebelum ini sarat dengan buku, dinding-dinding kosong yang pernah digantung pelbagai gambar, lukisan (dan jersi).”

Menurutnya, Shareen akhirnya memahami isyarat yang diberikan dan berkata, “Ok saya faham YB.”

Nik Nazmi turut mengakui bukan mudah untuk meninggalkan NRES selepas dua tahun menerajui kementerian tersebut, namun menyatakan keputusan meletak jawatan dibuat demi perkiraan yang lebih besar.

“Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas. Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada Shareen agar menjaga MGTC dengan baik, sambil mengimbas kembali pertemuan terdahulu yang melibatkan dialog terus dengan warga MGTC berkaitan kebimbangan mengenai hala tuju agensi itu.

“Berbincang dengan Shareen, Amin Ramli dan Dato’ Dr Ching Too, KSU NRES, kami rasakan penting untuk menjawab isu-isu ini secara jujur dan terbuka.

“Semoga MGTC terus menerajui implementasi agenda perubahan iklim ke arah matlamat Sifar Bersih 2050.”

Nik Nazmi juga mengungkap kata-kata bekas Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, sebagai gambaran terhadap keputusannya:

“I love absolutely everything about this club… I love the staff… But that I still take this decision shows you that I am convinced it is the one I have to take”.

“Itulah perasaan saya,” tulisnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hari Peradaban Bangsa Melayu fokus jati diri dan warisan Islam

Next Post

Ekonomi mantap, Malaysia lonjak 11 anak tangga dalam WCR 2025, kata Tengku Zafrul

Related Posts