TEL AVIV, 19 ZULHIJJAH – Rejim Israel sekali lagi mengeluarkan ancaman terbuka terhadap Iran apabila Menteri Pertahanannya, Israel Katz, memberi amaran bahawa penduduk Tehran akan membayar harga susulan serangan peluru berpandu yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima rakyat Israel dan mencederakan puluhan yang lain.
Kenyataan keras itu dibuat Katz melalui saluran Telegram miliknya, menyasarkan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang didakwa sebagai dalang di sebalik serangan ke atas orang awam Israel.
Dia menuduh Tehran kini menjadi pembunuh pengecut yang sengaja menyerang kawasan awam Israel dalam usaha menakut-nakutkan tentera Israel.
Dakwanya lagi, tindakan Iran menyerang kawasan awam Israel tidak akan dibiarkan tanpa balasan.
“Penduduk Tehran akan membayar harga – dan ia akan berlaku tidak lama lagi,” ugutnya.
Ancaman ini menandakan peningkatan dramatik dalam retorik antara kedua-dua negara, yang kini berada di ambang konflik berskala besar.
Ia juga menunjukkan bahawa rejim Zionis tidak menolak untuk melancarkan serangan balas secara langsung ke atas ibu kota Iran yang padat dengan penduduk awam.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi