Janji Benar 3: Iran lancar serangan peluru berpandu baharu

TEHRAN, 19 ZULHIJJAH — Iran melancarkan satu lagi gelombang serangan peluru berpandu balistik ke atas Israel sebagai sebahagian daripada operasi balas dendam yang dinamakan Janji Benar 3, semalam.

Peluru berpandu Iran dilaporkan menyasarkan bandar Tel Aviv, Haifa dan Ashkelon.

Serangan besar-besaran itu dilancarkan tidak lama selepas rejim Zionis Israel menyerang beberapa lokasi di Tehran pada hari ketiga siri pencerobohan terhadap Republik Islam itu.

Media Israel melaporkan letupan kuat di beberapa bandar dan pekan selepas serangan balas Iran, dengan gambar menunjukkan tempat perlindungan bom di kawasan utara dipenuhi orang ramai.

Sebagai tindak balas, Kabinet Keselamatan Israel mengumumkan bahawa perintah darurat akan dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

Sumber turut memaklumkan bahawa antara sasaran yang terkena serangan adalah sebuah stesen janakuasa di bandar pelabuhan Hadera.

Rejim Israel memulakan serangan ke dalam wilayah Iran pada malam Jumaat lalu, dengan satu peningkatan besar apabila menyasarkan bangunan kediaman di dalam dan sekitar ibu negara Iran. 

Beberapa pegawai tinggi tentera Iran turut terbunuh dalam serangan yang disasarkan.

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei kemudian melantik komander tentera baharu dan memberi amaran bahawa kehidupan akan menjadi suram buat Israel. 

Tidak lama selepas itu, Iran melancarkan serangan balas secara besar-besaran ke dalam wilayah Israel, menyasarkan Tel Aviv, Baitul Maqdis, Haifa dan beberapa kawasan lain.

Pegawai Iran menegaskan bahawa misi ini akan diteruskan selagi diperlukan. – IRNA

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 400 terbunuh, Iran tolak rundingan gencatan senjata dengan Israel

Next Post

Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia perlu juarai suara keamanan dunia – Takiyuddin

Related Posts