Bila Menteri Kewangan tak faham cukai – Apa lagi rakyat boleh harap?

KASIHAN. Dek kerana kekurangan ilmu untuk berucap, media mula berkata. Dalam satu ucapan rasmi, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang mengejutkan apabila menyebut GST sebagai “General Services Tax” – satu kesilapan fakta yang amat asas bagi seseorang yang memegang tampuk kewangan negara.

Lebih memalukan, beliau turut menyatakan bahawa SST adalah cukai ke atas import, yang nyata bertentangan dengan hakikat sebenar fungsi SST dalam sistem percukaian negara.

Kesilapan ini bukan sahaja menjadi bahan jenaka dan sindiran netizen, malah menimbulkan persoalan sama ada PMX benar-benar keliru, atau cuba mengelirukan rakyat untuk mencipta persepsi tertentu.

Tersasul atau memang tak tahu?

Tindakan Anwar menyindir rakyat kononnya “perlu ambil kursus” untuk memahami GST juga dibidas hebat.

“Kalau rakyat perlu ambil kursus untuk faham GST, agaknya Perdana Menteri perlu masuk kelas dulu. Fakta asas pun salah,” komen salah seorang pengguna di platform X (dulu Twitter).

Aktivis politik, Isham Jalil turut membidas kenyataan tersebut:

“Anwar Ibrahim tak faham GST dan SST tapi suruh orang lain pergi kursus. Dia cakap GST itu General Services Tax atau cukai am. Lepas itu dia siap hurai yang GST itu cukai kepada semua orang, i.e. general tax. Ini tidak betul. 

Dan dia kata SST itu cukai ke atas import. Kalau dia tersasul kita boleh maafkan. Tetapi ini bukan tersasul sebab dia siap hurai ‘kefahaman’ dia itu. Ini adalah dia tak tahu atau tak faham langsung berkenaan GST dan SST ini. Apalah nasib rakyat Malaysia dapat Menteri Kewangan macam ini.”

Fakta

GST ialah Goods and Services Tax – sistem cukai berasaskan nilai tambah (VAT) yang dikenakan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran.

SST pula terdiri daripada dua komponen – Sales Tax dan Service Tax, dikenakan ke atas pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan, bukan cukai import semata-mata seperti yang disebut Anwar.

Kesilapan ‘tergelincir lidah’ ini mencetuskan persoalan lebih besar berkenaan kredibiliti Perdana Menteri sendiri. Adakah beliau benar-benar tidak faham sistem percukaian negara yang berada di bawah kelolaannya, atau ini strategi sengaja untuk menanam persepsi negatif terhadap GST semata-mata untuk mengukuhkan naratif politik?

Dalam dunia kewangan dan dasar awam, kredibiliti pemimpin adalah aset paling penting. Apabila fakta asas seperti definisi GST pun gagal dijelaskan dengan tepat oleh Menteri Kewangan sendiri, keyakinan terhadap kemampuan beliau mengurus ekonomi negara turut terjejas.

Sebenarnya, manipulasi fakta untuk menolak sesuatu dasar bukan sahaja mencerminkan kelemahan kepimpinan, malah boleh dilihat sebagai satu bentuk penipuan intelektual.

Rakyat berhak mendapat penjelasan yang tepat dan jujur daripada pemimpin tertinggi negara, apatah lagi dalam isu sepenting dasar percukaian yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.

Kalau rakyat kononnya perlu ambil kursus untuk faham GST, mungkin yang lebih utama — pemimpinnya dahulu yang perlu masuk kelas.

Siti Fatimah Ishak, Pengarang TV Pertiwi

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Negara Islam tidak akan ke mana selagi berpegang kepada sistem Barat – GSPP

Next Post

AGC fail rayuan keputusan bebaskan Yusoff Rawther

Related Posts