GAZA, 13 ZULHIJJAH — Tiga petugas perubatan dan seorang wartawan dilaporkan syahid dalam satu serangan udara tentera Israel yang menyasarkan kawasan kejiranan Tuffah di bandar Gaza.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Bara’ Afanah, Wael Al-Attar, dan Hussein Mheisen, yang sedang menjalankan misi menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan akibat pengeboman.
Turut syahid dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu ialah wartawan, Mu’men Abulouf, yang ketika itu sedang membuat liputan di lokasi serangan.
Sehingga kini, tentera rejim Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung serangan tersebut.
Namun, dalam kenyataan terdahulu, rejim Zionis menegaskan bahawa operasi ketenteraan akan diteruskan di seluruh Semenanjung Gaza.
Rejim Israel telah melancarkan kempen pengeboman besar-besaran ke atas Gaza, mengorbankan lebih 54,927 rakyat Palestin – majoritinya wanita dan kanak-kanak – serta memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan kediaman di wilayah itu. — Reuters
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi