Dulu lantang, kini diam? – PAS persoal sikap DAP berkaitan kes PMX

BANGI, 13 ZULHIJJAH — Ketua Penerangan PAS Pusat mempersoalkan pendirian pemimpin DAP terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon penangguhan perbicaraan kes saman sivil terhadapnya.

Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan Anwar memohon penangguhan saat akhir menimbulkan persoalan besar memandangkan sebelum ini, DAP begitu lantang mengkritik penangguhan perbicaraan melibatkan pemimpin politik lain, terutama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dulu apabila Datuk Seri Najib dapat penangguhan bicara kes, pimpinan DAP akan mengkritik dan menyindir.

“Hari ini, PMX pun mohon penangguhan bicara kes. Mohon saat-saat akhir pula tu, apa pandangan pemimpin-pemimpin DAP?,” soalnya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas merujuk kepada tindakan Najib yang ketika itu menerima kecaman hebat pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP, apabila perbicaraan kes beliau ditangguh atas pelbagai alasan.

Namun, perkembangan terkini menyaksikan Perdana Menteri sendiri mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding mahkamah dalam kes saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidik,  Muhammed Yusoff Rawther.

Tindakan ini menurut Ahmad Fadhli, menimbulkan tanda tanya terhadap konsistensi prinsip keadilan dan ketelusan yang selama ini dijuarai oleh DAP.

Mahkamah Rayuan hari ini, membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes saman yang dikemukakan oleh Muhammed Yusoff, berhubung satu insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri yang ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 16 Jun ini.

PAS sebelum ini turut menyuarakan kebimbangan terhadap integriti pentadbiran keadilan negara, malah mendesak agar Anwar mengambil cuti sementara bagi memastikan tidak berlaku sebarang pengaruh eksekutif terhadap proses kehakiman.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tragedi pelajar UPSI: PN desak tubuh suruhanjaya siasatan bebas

Next Post

TV Pertiwi punya potensi besar – Datuk Mior Kamarulbaid

Related Posts