Titah Adendum: Puad pertahan Najib, persoal pendirian AGC 

BANGI, 29 ZULKAEDAH — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan tindakan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung isu Titah Adendum.

Menurutnya, jika mantan Perdana Menteri tidak membawa perkara itu ke mahkamah, rakyat mungkin tidak akan mengetahui kewujudan Titah Adendum yang sebelum ini dinafikan oleh Terriruddin.

“Pejabat Peguam Negara (AGC) mengecam tindakan Najib memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara. Tetapi kalau Najib tidak cabar kes Titah Adendum ke mahkamah, rakyat tidak akan tahu titah itu wujud. Apatah lagi Terrirudin menafikannya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Titah Adendum membolehkan pengampunan kepada Najib dengan tempoh penjara 12 tahun dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta, selain membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

Ini menyebabkan Puad yang juga Speaker Dewan Negeri Johor berkata: “Maka apakah tidak wajar tindakan Najib memulakan prosiding menghina Mahkamah?”

Beliau turut mempersoalkan keputusan AGC mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membenarkan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung titah adendum itu.

“AGC pula membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu? Maka itu signal (isyarat) apa?” katanya.

Menurut Puad, penangguhan pelaksanaan hukuman penjara di rumah terhadap Najib juga menimbulkan tanda tanya walaupun isu Titah Adendum telah dibangkitkan sejak awal tahun.

“Apa lagi pilihan yang ada pada Najib apabila titah itu disorok lama dan penjara di rumah juga masih tertangguh? Semoga Julai ini tidak bertangguh lagi,” katanya, merujuk kepada tarikh perbicaraan lanjut yang dijadualkan akan datang.

Najib sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International. Bagaimanapun, pada Februari lalu, isu titah adendum yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkaitan pelaksanaan house arrest mula dibangkitkan oleh pasukan pembelaannya.

Kes itu kini menjadi perhatian umum kerana melibatkan persoalan serius berkaitan peranan institusi kehakiman, integriti pentadbiran undang-undang serta hak-hak individu dalam konteks pengampunan dan pelaksanaan hukuman.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penganalisis yakin Rafizi kekal Menteri Ekonomi meski tewas pemilihan PKR

Next Post

Marah murid secara terbuka: Di mana hikmah mendidik?

Related Posts