BANGI, 23 ZULKAEDAH — Beberapa peniaga yang menyewa unit MyKiosk mendakwa reka bentuk kiosk itu tidak mesra dengan keadaan Malaysia yang kerap mengalami hujan, setelah mula meniaga menggunakan fasiliti itu bermula tahun lepas.
Nasrul Ashraf Amran, 24, yang berniaga aneka makanan di Seksyen 9 Bangi berkata, reka bentuk bumbung yang leper untuk MyKiosk 1.0 mengakibatkan air hujan mengalir ke kawasan dalam kiosk.
“Kiosk ini berpintu tetapi celahan pintu terlampau besar, jadi akan tempias walaupun pintu ditutup. Air akan masuk dan banjir pun dalam ini dan makanan akan rosak. Kiosk ini tiada ‘awning’.
“Jadi kita tak boleh berniaga. Kita kena tutup (kiosk) kalau tidak makanan akan rosak,” katanya kepada TV Pertiwi.
🔒 Nak Baca Lagi?
Serendah RM7.50 sebulan sahaja, anda boleh dapatkan akses ke kandungan eksklusif PERTIWI+.