Rumah ibadat haram: Usia binaan tidak relevan – GPS

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 11 ZULKAEDAH – Usia sesuatu struktur rumah ibadat tidak boleh dijadikan hujah untuk menghalalkan pendudukannya di atas tanah milik pihak lain. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Hazry Saimin berkata, rakyat pelbagai kaum dan latar belakang kini tertakluk dengan undang-undang apabila wujudnya hukum Kanun Tanah Negara.

 

“Andai kata tokong atau surau mahu mendakwa sudah wujud 130 tahun yang dahulu atau berapa ratus tahun yang dahulu, ia sebenarnya bukan alasan ataupun hujah yang konkrit atau automatik untuk halalkan pendudukan itu. 

 

“Maksudnya, status tanah itu kalau memang kata haram…tidak didaftarkan, ia tidak (boleh) menjadi alasan,” katanya dalam Pertiwi Podcast. 

 

Hazry berkata demikian ketika mengulas isu rumah ibadat tidak sah yang dibina di tanah milik pihak lain. 

 

Isu tersebut mendapat perhatian ramai selepas Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang didakwa berusia 130 tahun diarah pindah dari tanah bernilai puluhan juta milik syarikat tekstil, Jakel di Dang Wangi untuk memberi laluan kepada pembinaan Masjid Madani. 

 

Kuil tersebut berpindah ke lokasi baharu yang terletak kira-kira 50 meter dari tapak asal.

 

Ia mencetuskan kemarahan terutama orang Melayu yang mana penggunaan istilah ‘kuil haram’ berleluasa di media sosial bagi menggambarkan rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan pemilik tanah.

 

Badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis Hindu kemudian menggesa orang ramai supaya memahami sejarah di sebalik pembinaan kuil-kuil yang kini dilabel sebagai ‘haram’.

 

Majlis Kuil-Kuil Hindu & Persatuan Agama Hindu Malaysia (MAHIMA) mengecam penggunaan istilah ‘kuil haram’ selain mengatakan banyak kuil telah wujud lebih awal daripada penggubalan Akta Tanah sedia ada, menurut laporan media tempatan. 

 

Hazery menegaskan, isu tersebut tidak berpunca daripada perbalahan kaum, sebaliknya isu perundangan yang pengurusan tanah. 

 

“Undang-undang bertujuan menguruskan orang, menguruskan keadaan supaya tidak bercelaru. Negara akan jadi huru-hara jika tidak mengikut undang-undang,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Hazery berkata istilah haram merujuk kepada struktur binaan tersebut dan tidak bersifat menghina. 

 

“Ia bukan untuk menghina agama.  Dari segi pentadbiran ini, ia merujuk kepada satu binaan yang dibina di atas tanah yang bukan milik sendiri atau mungkin dimiliki oleh pihak berkuasa ataupun kerajaan atau mana-mana individu lain.”

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan digesa buka semula siasatan kes simbah asid Faisal Halim

Next Post

SKMM periksa pejabat Aliff SCRUT, sita telefon bimbit

Related Posts