Kompaun RM10,000, kebebasan bersuara lebih berbahaya dari jenayah? – Tun Faisal

Oleh: Balqis Idris

 

BANGI, 10 ZULKAEDAH — Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun RM10,000 terhadap pempengaruh media sosial, Mohamad Shafiq Abdul Halim menimbulkan persoalan mengenai keutamaan penguatkuasaan undang-undang di bawah kerajaan Madani, kata Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. 

 

Beliau berkata, kerajaan dan pihak berkuasa sepatutnya membuktikan terlebih dahulu kesalahan undang-undang yang telah berlaku dan proses tersebut tidak boleh melangkaui atau menafikan hak kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

 

“Setiap rakyat juga mempunyai hak untuk membela diri terhadap sebarang pertuduhan atau tindakan yang dikenakan,

 

“Ini dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang serta Perkara 8(1) yang menjamin kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

 

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan yang diambil terhadap Mohamad Shafiq itu hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

 

Tambah beliau, tindakan itu amat mengecewakan terutama apabila badan-badan yang sepatutnya mempertahankan hak asasi manusia seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam terus membisu.

 

“Sikap berat sebelah dalam penguatkuasaan undang-undang, khususnya apabila ia melibatkan pengkritik kerajaan mencerminkan tindakan berpilih dan ‘dua darjat’ yang semakin berleluasa,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Tun Faisal turut mempersoalkan ketidakseimbangan dari aspek tindakan undang-undang terhadap kes jenayah yang jauh lebih berat.

 

Beliau menggunakan contoh, kesalahan merakam anak tiri perempuan bawah umur mandi sebanyak kali didenda RM6,000, menyimpan lebih 50,000 fail bahan penderaan seksual kanak-kanak (denda hingga RM3,000 hingga RM6,000) serta denda RM6,000 bagi kes memiliki senapang dan peluru tanpa permit dan warga asing memiliki MyKad palsu.

 

“Kompaun RM10,000 terhadap seorang individu hanya kerana memuat naik video TikTok menunjukkan bahawa di bawah Kerajaan Madani, kebebasan bersuara dianggap lebih berbahaya daripada kesalahan yang melibatkan keselamatan dan moral masyarakat.

 

“SUHAKAM dan Majlis Peguam perlu bersuara dalam hal berkaitan kebebasan bersuara rakyat dan hak-hak rakyat yang lain,” tambah beliau.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM Tahan dua Pegawai KDN, kes rasuah pengesahan taraf kewarganegaraan

Next Post

Sultan Pahang terkejut skala besar pencerobohan tanah Raub

Related Posts