16 Ketua AMK Johor sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 10 Zulkaedah – Gelombang sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar semakin kuat apabila 16 ketua cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Johor tampil menyokong pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR.

 

Kenyataan bersama sokongan itu diketuai oleh Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad yang juga Ketua Cabang AMK Pulai yang menyatakan bahawa Nurul Izzah memiliki rekod panjang dalam perjuangan reformasi dan mampu memberi nafas baharu kepada parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

 

“Gabungan idealisme, integriti dan kefahaman dasar yang dibawa Nurul Izzah adalah aset penting dalam memperkukuh jentera parti. Beliau juga diyakini mampu menarik sokongan anak muda serta pengundi atas pagar,” katanya.

 

Antara ketua cabang yang menyertai sokongan ini ialah K Suria Vengadesh (Pasir Gudang), S Sharwin (Pagoh), Muhamad Amirrul Shafiq (Muar), Shahrul Azuan Samat (Parit Sulong),

Ambok Ahmad Jufri Yusupah (Pontian), Mohamad Ghazali Mohamed (Ledang), Ahmad Ihsan Mohd Arif (Johor Bahru), Hami Astafi Ab Halim (Sembrong), F S Raven Roy (Segamat), Jalex Lee (Tebrau), Farhan Zulkefly (Labis), R Logesan (Iskandar Puteri), K Navinraj (Simpang Renggam), Muhamad Hami Rifa’ie Ramli (Sekijang) dan Muhammad Faris Akmal Fathun Nizam (Sri Gading).

 

Menurut Faezuddin, kehadiran Nurul Izzah dalam barisan tertinggi kepimpinan bukan sekadar membawa simbol penyatuan, malah berpotensi memacu pembaharuan strategi komunikasi dan pengukuhan akar umbi parti.

 

Beliau menambah, kekuatan nilai dan prinsip yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan menjadi pemangkin kepada usaha PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk kembali menawan keyakinan rakyat.

 

Setakat ini, Datuk Seri Rafizi Ramli telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menunjukkan minat untuk bertanding.

 

Dalam kenyataannya semalam, Nurul Izzah berkata beliau akan meneliti secara menyeluruh cadangan yang disuarakan akar umbi dan akan membuat keputusan dengan mengambil kira faktor kestabilan serta perpaduan parti.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pencalonan Nurul Izzah gambarkan pelan peralihan yang teruk, kata bekas orang kuat PKR

Next Post

Trump sedia bantu redakan konflik India-Pakistan

Related Posts