PM minta KKM teliti perkara dibangkitkan pengamal perubatan swasta

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 9 ZULKAEDAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Kesihatan untuk meneliti isu yang dibangkitkan pengamal perubatan swasta susulan bantahan terhadap penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) bagi pengawalseliaan harga ubat.

 

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri tutu meminta penjelasan lengkap berhubung justifikasi perubahan daripada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang sebelum ini diguna pakai.

 

“Antara perkara yang diteliti ialah pemaparan harga ubat-ubatan di premis swasta dan semakan terhadap Jadual Ketujuh di bawah Akta 586 yang menyentuh fi konsultasi klinik.

 

“Menteri Kesihatan memaklumkan kertas cadangan berkaitan perkara ini telah diedarkan dan dijangka dibentangkan semula ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

 

Fahmi berkata, langkah susulan turut sedang dilaksanakan oleh KKM untuk memperbaiki pelaksanaan dasar tersebut, termasuk mekanisme pemantauan dan komunikasi dengan pemain industri.

 

Semalam, pengamal perubatan yang diketuai Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhimpun di Laman Perdana, bersebelahan Bangunan Perdana Putra, sebagai simbolik penyerahan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri.

 

Antara tuntutan mereka termasuk keperluan konsultasi bersama industri sebelum sebarang dasar pengawalan harga dilaksanakan, serta kebimbangan terhadap kesan peraturan baharu terhadap perkhidmatan kesihatan swasta di seluruh negara.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Henti segera projek RM900 Juta di Seksyen 24

Next Post

Konflik India-Pakistan cetus kebimbangan global – penganalisis

Related Posts