UMNO terima DAP adalah pengkhianatan di mata MCA, MIC – Ramasamy

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 4 ZULKAEDAH – Dominasi UMNO dalam Barisan Nasional (BN) yang terus menumpukan aspek kaum dan agama telah menghakis sokongan terhadap rakan komponen MCA dan MIC, kata Presiden Parti Bersatu untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy.

 

Beliau berkata, ketika UMNO cenderung ke arah agenda etno-agama bersifat ‘sempit’, ia telah mencetuskan iklim politik yang menyebabkan MCA dan MIC sukar mengekalkan kredibiliti dalam kalangan penyokong mereka.

 

Malah, Ramasamy berkata, situasi ini bertambah buruk apabila BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP – yang dulu digambarkan sebagai ancaman terhadap kepentingan Melayu – terus menghakis sokongan orang bukan Melayu daripada MCA dan MIC.

 

Kata beliau, penerimaan UMNO terhadap DAP juga dilihat sebagai pengkhianatan terutama dalam kalangan pemimpin serta penyokong MCA dan MIC.

 

“Kini, BN hanyalah bayangan kepada kekuatannya yang dahulu. 

 

“Ketika UMNO semakin lemah disebabkan pertelingkahan dalaman dan persaingan dengan parti Melayu Islam lain, kesannya dirasai MCA, MIC dan GERAKAN,” katanya dalam hantaran di Facebook.

 

Terdahulu, Ramasamy mengulas mengenai pertelingkahan antara pemimpin BN selepas MCA Setiausaha Agung MCA meluahkan rasa tidak puas hati terhadap UMNO.

 

Beliau berkata, luahan daripada pemimpin MCA itu adalah berasas selepas mereka kehilangan sokongan ketika terus berjuang bersama parti komponen dalam BN.

 

Dalam pada itu, Ramasamy turut mempersoalkan ‘kesetiaan’ MCA dan MIC berada dalam BN bersama UMNO yang semakin lemah.

 

Katanya, sudah tiba masa untuk kedua-dua parti itu akui bahawa BN tidak lagi dapat menjadi mewakili suara komuniti mereka. 

 

“Untuk ke depan memerlukan keberanian untuk berpisah daripada gabungan yang tidak lagi memperjuangkan agenda mereka.

 

“Selepas itu baru MCA dan MIC boleh kembali relevan dan mendapatkan semula sokongan daripada komuniti mereka,” tambahnya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bersatu terbuka kerjasama dengan UMNO – Hamzah

Next Post

PN tak setuju pamer harga ubat secara terbuka di klinik atau hospital

Related Posts