Berita pemotongan subsidi telur ayam jadi sindiran rakyat

BANGI, 3 ZULKAEDAH – Kerajaan semalam mengumumkan bahawa kawalan harga dan kadar subsidi telur ayam dikurangkan dari 10 sen sebiji berkuat kuasa hari ini dan seterusnya pemberian subsidi bagi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025.

 

Kerajaan menjelaskan bahawa langkah penyasaran semula subsidi itu adalah lebih adil memandangkan ketika ini subsidi turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi. 

 

Namun begitu, pemantauan TV Pertiwi di media sosial terutama menerusi siaran daripada portal-portal berita lain mendapati, pengumuman itu telah mengundang kritikan ramai selain dibanjiri luahan kecewa oleh rakyat.

 

Berdasarkan komen-komen yang dikongsikan, ada yang bersetuju dengan tindakan kerajaan itu, namun ramai juga menjadikan berita tersebut sebagai sindiran kepada kerajaan.

 

“Kerajaan kena pantau betul-betul. Jangan nanti rakyat kena bayar lebih, tapi tak nampak hasilnya.” luah pengguna Facebook, Razak Kader.

 

“Harga telur mmg stabil… Harga makanan berasas telur yg akan naik,” kata seorang lagi pengguna Facebook,  Yazid Hussain yang bimbang dengan impak susulan daripada berita tersebut.

 

Sementara itu, TV Pertiwi turut membuat carian harga telur sepanjang tempoh dua dekad lalu seperti yang dipaparkan dalam beberapa laporan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

 

Melihat kembali data yang diperoleh daripada DVS, harga telur ayam telah mencatatkan peningkatan lebih 60% sejak 20 tahun lalu.

 

Menurut data tersebut, harga purata bagi telur ayam gred A pada 2005 dijual pada harga 28 sen sebiji dan kini naik kepada 42 sen, menandakan peningkatan 17 sen atau 50%.

 

Dalam tempoh masa sama, telur gred B pula dijual di pasaran pada harga 24 sen sebiji dan telah meningkat kepada 40 sen pada 2025, naik 16 sen sebiji secara purata atau 66.67%.

 

Harga Telur gred C pula meningkat sebanyak 72.73% atau 16 sen apabila ia pada 2004 dijual pada harga 22 sen sebiji, kini pada 2025 pada harga 38 sen. 

 

Pelbagai faktor yang mempengaruhi perubahan harga telur ayam di pasaran tempatan seperti faktor permintaan pasaran, kos pengeluaran, perubahan dasar kerajaan, inflasi, persekitaran dan faktor ekonomi.

 

Berikut adalah perubahan harga purata telur ayam gred A, B dan sejak 2005 seperti yang diperoleh menerusi data Jabatan Perkhidmatan Veterinar:

 

*Harga sen/sebiji

*Sumber Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tarif Trump: Pelabuhan Malaysia dijangka terima lebihan kontena dari China

Next Post

Kebakaran hutan: Israel isytihar darurat

Related Posts