Terimalah hakikat wahai IKRAM – Ridhuan Tee

Oleh Akmal Ahmad

 

BANGI, 2 ZULKAEDAH – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah meminta Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berlapang dada terhadap keputusan mahkamah berhubung saman fitnah pertubuhan itu terhadap dirinya. 

 

Ini berikutan Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman fitnah berjumlah RM200 juta yang difailkan pertubuhan itu pada 2020. 

 

“Keputusan mahkamah semalam sudah terang lagi bersuluh, saya menang dalam perbicaraan kes tersebut. Isu locus yang jadi asas penolakan tuntutan kamu itu adalah isu substantif dan ‘hati’ sama ada kamu boleh menyaman atas dakwaan fitnah ke atas mana-mana individu atau tidak, di mana Mahkamah menyebelahi saya.

 

“Saya tidak diperintahkan bayar apa-apa kos atau ganti rugi pun kepada IKRAM sebagaimana yang didokmakan.

 

“Sebenarnya, saya tidak mahu panjang-panjanglah lagi, atas nasihat Yang Arif Hakim, supaya kita selesaikan mengikut asas persaudaraan satu ummah. Tetapi nampaknya, IKRAM tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dalam perbicaraan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

Menurut Ridhuan Tee, secara logik sekiranya beliau kalah mengapa IKRAM mahu merayu untuk proses seterusnya. 

 

“Sepatutnya, sayalah yang merayu jika saya kalah. Terimalah hakikat, bahawa kamu kalah.

 

“Yang Arif Hakim yang terpelajar lagi bijaksana berpendapat, Pertubuhan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sama juga seperti parti politik, boleh (bebas) untuk dikritik berdasarkan nas undang-undang sedia ada dan menjadi precedent dalam kes kita. 

 

“Pertubuhan tidak boleh menyaman individu dalam kes fitnah. Pertubuhan tidak bernyawa, sepertimana individu dan syarikat/corporation. Kecualilah saya mengkritik individu dalam IKRAM. Ini sangat jelas.

 

“Saya tidak nampak, tiga artikel tersebut sebagai fitnah kerana persatuan tidak boleh memfitnah dan difitnah,” tegasnya. 

 

Ridhuan Tee yang juga Timbalan Presiden Muafakat Nasional berkata, mahkamah juga tidak perintahkan dirinya untuk memohon maaf dan tiga artikel tersebut tidak perlu dipadamkan. 

 

“Apa maksud itu semua? Budak sekolah pun boleh faham bahasa mudah seperti ini. Jadi fitnahnya di mana seperti didakwa oleh IKRAM? Tiga artikel tersebut, pembaca boleh akses lagi. 

 

“Contoh, orang kata macam-macam kepada UMNO, PAS, PKR dan lain-lain, tidak ada pun tindakan saman. 

 

“Apatah lagi, saman sampai RM200 juta. Atas dasar apa? Besar sungguh nilai harga diri saya. Apa disebalik nilaian RM200 juta tersebut? Bersih sungguh hati kamu ye IKRAM?

 

“Biasalah orang kalah, akan spin macam-macam untuk justifikasi. Saya tidak ada masalah. Mahkamah telah memihak kepada saya tidak kiralah berdasarkan teknikal ke (saya percaya bukan pun kerana keputusan Yang Arif melibatkan substantif law) atau apa-apa yang kamu nak perkatakan wahai IKRAM,” tegasnya. 

 

Ridhuan Tee turut meningkatkan IKRAM supaya jangan jadi seperti kanak-kanak, tidak dapat mainan daripada ibu bapa mereka, kemudian menggelupur atas lantai untuk dapatkan perhatian orang ramai. 

 

“Akhirnya, saranan saya kepada IKRAM, demi menjaga ukhuwah Islamiyyah atas nasihat Yang Arif Hakim, saya mohon IKRAM buktikan apa yang saya sebut dalam artikel itu tidak benar dalam siaran rasmi IKRAM melalui soal jawab akademik. 

 

“Tindakan ini adalah lebih baik untuk jelaskan bahawa apa yang saya tulis itu adalah fitnah atau bukan.  

 

“Begitu juga IKRAM kena guna pakai makna fitnah yang operational dalam isu ini. Apa yang tidak benarnya dalam tulisan saya itu. Kalau setakat defamation jer, orang yang melakukan salah pun akan gunakan hujah yang sama apabila kita sebut kesalahan mereka.

 

“Sambutlah seruan Yang Arif Hakim, agar isu ini dapat di selesai melalui semangat satu ummah, penuh hikmah kerana perlu diingatkan juga bahawa hikmah itu adalah hukum,” tegasnya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SKMM tidak boleh sorok di bawah alasan 3R – Peguam

Next Post

Dua Ahli Parlimen DAP saman ADUN Sentul

Related Posts