SKMM buka kertas siasatan terhadap pempengaruh terkenal

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 29 SYAWAL- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial telah dijalankan berikutan aduan diterima daripada orang awam mengikut peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998). 

 

Menerusi kenyataan media, dua sesi percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di ibu pejabat SKMM, Cyberjaya pada 25 April dan hari ini.

 

“Siasatan awal mendapati kandungan yang dikaitkan dengan pempengaruh berkenaan melibatkan penyebaran maklumat palsu yang mengaitkan Institusi Diraja dengan dakwaan tak berasas selain cubaan untuk mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang. 

 

“Tindakan ini berpotensi mencetuskan kegusaran awam, menyemarakkan fitnah, mengundang ancaman terhadap keselamatan individu terlibat serta melanggar undang-undang komunikasi dan perlindungan data peribadi,”  menurut kenyataan itu. 

 

SKMM menegaskan bahawa semua aduan akan disiasat berlandaskan undang-undang tanpa mengira status, populariti atau pengaruh individu terbabit. 

 

Setiap siasatan dijalankan secara profesional berlandaskan prosedur adil serta mengikut peruntukan undang-undang di bawah AKM 1998, dan langkah awal untuk mengumpul maklumat berkaitan. 

 

“SKMM mengingatkan orang ramai bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh isu 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja) bersifat mengancam, mengganggu atau menceroboh privasi individu adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukan sedia ada,” menurut kenyataan itu lagi. 

 

Sebelum ini, pempengaruh Aliff Ahmad menawarkan untuk melakukan semakan terhadap pekerjaan dan sumber pendapatan Nurul Izzah sekiranya hantaran tersebut mendapat 20,000 perkongsian di Facebook.​

 

Hari ini, Aliff dilaporkan hadir lagi ke pejabat SKMM untuk memberi keterangan.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PRK Ayer Kuning: Isyarat penolakan rakyat terhadap kerajaan – PAS

Next Post

Israel serang Beirut, langgar perjanjian gencatan senjata

Related Posts