Oleh: Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 29 SYAWAL – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa PAS sebagai halangan terbesar untuk Perikatan Nasional (PN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu terhadap gabungan itu.
Beliau berkata, parti GERAKAN jika terlalu kerdil untuk membantu PN dan tidak berpengaruh seperti parti politik bukan Melayu lain.
“Hingga hari ini PN tidak ada parti India macam MIC.
“PAS adalah halangan besar PN cari rakan komponen berpengaruh. Oleh itu PAS perlu bawa slogan baru yang lebih universal,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Dalam pada itu, Puad turut mendakwa PAS dan PN terkesan teruk selepas tewas pada PRK Ayer Kuning.
Katanya, naratif dibawa parti politik itu gagal mengulangi gelombang hijau PRU 2022 dan sewajarnya melupakan naratif negara Islam.
Tambah beliau, kemenangan Barisan Nasional di Ayer Kuning selepas PRK DUN Nenggiri dan Mahkota sebelum ini merupakan satu ‘signal’ penolakan rakyat terhadap PN.
“PRK Ayer Kuning telah mengajar PN jangan bawa cerita dongeng. Rakyat mahu kerajaan stabil.
“Tunggu sahaja PRU (Pilihan Raya Umum Ke-16) atau paling dekat PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi