Tindakan SKMM dibimbangi mencetuskan ‘culture of fear’ – peguam

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 SYAWAL – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memberi penjelasan mengenai tindakan pihak berkuasa itu memanggil pempengaruh, Aliff Ahmad berhubung hantaran yang dibuat di Facebook baru-baru ini.

 

Peguam, Datuk Lukman Sheriff Alias berkata, hantaran media sosial pengasas bersama SCRUT yang menawarkan diri untuk membuat carian kerja dan sumber pendapatan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah tidak menyalahi undang-undang.

 

Justeru, katanya, tindakan SKMM itu hanya akan mencetuskan ‘culture of fear’ (budaya menakut-nakutkan) terhadap masyarakat.

 

“Ini tak betul. Kenapa perlu dipanggil atas posting yang didakwa?

 

“Ini menimbulkan culture of fear yang tidak patut ada,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

 

Semalam, Aliff hadir ke pejabat SKMM selepas dipanggil berhubung hantaran di Facebooknya yang menawarkan diri untuk ‘SCRUT’ Nurul Izzah sekiranya mendapat 20,000 perkongsian.

 

Tindakan itu telah mengundang kritikan terhadap SKMM, malah Nurul Izzah yang juga anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Aliff tidak wajar disiasat atas hantaran berkenaan.

 

Aliff bagaimanapun menegaskan bahawa dirinya tidak bimbang dan berharap pihak SKMM akan mendakwanya di mahkamah supaya dapat mendengar hujah-hujah pihak berkuasa itu atas tindakan yang dibuat.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rakyat sepatutnya bebas, tak perlu takut kongsi pandangan secara terbuka

Next Post

Salah papar Jalur Gemilang tak wajar berlaku terutama melibatkan institusi penting – ISMA

Related Posts